Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin beramah mesra dengan peniaga semasa melakukan tinjauan tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Bazar Bandar Baru Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 26 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Tidak ada penutupan Bazar Ramadan terbaharu direkodkan selepas tiga bazar diarah ditutup sebelun ini akibat gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Selain itu, Bazar Ramadhan di Pulau Pinang pula dikenakan kompaun.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, ketiga-tiga Bazar Ramadhan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang; Tok Adis, Kuala Terengganu dan Greenwood, Gombak telah beroperasi semula.

“Kompaun sebab tidak ada peralatan untuk SOP seperti tiada alat saringan tidak sediakan QR code. 

“Arahan tutup ini pula, PBT juga bertimbang rasa jadi bazar yang diarah ditutup untuk betulkan sistem, PBT tolong tunjukkan SOP yang betul sebelum mereka memulakan semula perniagaan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu Zuraida meninjau pematuhan SOP di Bazar Ramadan Bandar Baru Ampang, di sini, hari ini.

Beliau turut meninjau Bazar Permai Court, Bazar Ampang Jaya, Bazar Bukit Indah, Bazar Tasik Tambahan dan Bazar Kompleks Muhibbah.

Menurut Zuraida, tumpuan pematuhan SOP oleh PBT adalah di bazar-bazar yang besar dan yang dikunjungi ramai orang.

Untuk rekod, sebanyak 1,122 Bazar Ramadan dibuka di seluruh negara pada tahun ini kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Kini PBT boleh mengeluarkan kompaun kepada bazar yang gagal mematuhi SOP, selaras dengan penurunan kuasa yang diberikan baru-baru ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast