Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri

KUANTAN – Tiada layanan istimewa diberikan kepada individu yang melanggar prosedur operasi satndard (SOP) Covid-19 dan kompaun akan dikeluarkan serta merta.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kompaun dilaksanakan kerana amaran dan nasihat telah lama diberikan kepada masyarakat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0

Katanya, kompaun yang dikeluarkan itu merupakan pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Tiada isitilah pilih bulu, double-standard, pilih kasih kerana undang-undang tidak mengenal sesiapa, sesiapa sahaja dikenakan tindakan jika melanggar peraturan.

“Sikap mendidik masyarakat dengan menasihati dan memberi amaran telah pun diambil, jadi sekarang pihak PDRM akan bertegas mengenakan kompaun kepada yang mana ingkar.

“Sedia maklum bahawa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali hal membabitkan kecemasan, perubatan, pendidikan, perniagaan dan pasangan jarak jauh, jadi jika didapati ada unsur penipuan, kompaun dikenakan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan 200 pek bubur lambuk kepada anggota Ibu Pejabat Kontinjen Pahang.

Anggota IPK Pahang menerima bubur lambuk daripada Timbalan Ketua Polis ementaraPahang

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, kadar jenayah di negeri ini menurun sebanyak lapan peratus berbandingkan tahun lepas.

“Begitu juga kadar kemalangan dilihat turun berbanding tahun lepas, dan anggota ditempatkan di lokasi yang strategik bagi memastikan kelancaran perjalanan orang ramai supaya lebih teratur.

“Manakala dari segi kawalan aliran trafik terkawal, jika diperhatikan di mana penduduk Pahang amat mematuhi peraturan jalan raya pada bulan Ramdan tidak berlaku kesesakan jalan raya yang serius,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Polis Pahang kompaun 1,410 individu langgar SOP sepanjang PKP

Polis Pahang tingkat pemantauan SOP pelancongan

Sementara itu, PDRM meminta masyarakat berwaspada ketika meninggalkan rumah semasa musim perayaan terutama ketika pulang ke kampung halaman di luar daerah masing-masing.

“Jika mahu meninggalkan rumah di luar daerah, ketua keluarga boleh menyalurkan maklumat di balai yang terdekat dan lokasi menerusi  pendaftaran di Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Orang ramai boleh muat turun aplikasi VSP atau mengisi borang memaklumkan pergerakan dan pihak polis boleh datang memantau dan membuat rondaan secara berkala”. – MalaysiaGazette