Kenderaan yang membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba untuk memberi keterangan berhubung audio perbualannya bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. .Foto HAZROL ZAINAL, 27 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR yang dipanggil untuk memberikan ketenangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tiba jam 9.58 pagi tadi.

Beliau tiba dengan menaiki Jaguar hitam memasuki perkarangan Bukit Aman sambil ditemani dengan penguamnya, Sankara N Nair.

Kehadiran ketua pembangkang itu bagi memberikan keterangan berhubung rakaman klip audio yang dikatakan antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular baru-baru ini.

Rakaman audio itu membincangkan perkara berkaitan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada akhir Mac lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan dakwaan tersebut.

Pada 7 April lalu, Ahmad Zahid berkata, tiada sebarang perbualan antara beliau denganAnwar selepas PAU.

Dalam kenyataannya, Zahid berkata, rakaman audio yang disebarkan itu adalah “usaha berterusan” untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 10 April lalu berkata, polis akan mengambil keterangan Ahmad Zahid dan Anwar berhubung klip audio itu.

Menurut Abdul Hamid, kertas siasatan telah dibuka dan salinan audio itu dihantar ke makmal forensik untuk menentukan ketulenannya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast