KUALA LUMPUR – Malaysia terus berdepan kes baharu melebihi 2,000 kes dengan 2,733 kes direkodkan pada hari ini.
Berikutan itu jumlah kes keseluruhan positif Covid-19 meningkat kepada 398,451 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan 750 kes diikuti Kelantan sebanyak 484 kes dan Sarawak sebanyak 432 kes.
“Seterusnya, Kuala Lumpur (377 kes), Johor (220 kes), Pulau Pinang (115 kes), Sabah (82 kes), Terengganu (61 kes), Kedah (51 kes), Negeri Sembilan (39 kes), Perak (38 kes), Pahang (35 kes) dan Melaka (33 kes).
“Putrajaya pula dengan 15 kes manakala, Perlis sebanyak satu kes dan Labuan tidak merekodkan kes baharu hari ini,” katanya pada Facebook di sini hari ini.
Dr Noor Hisham menambah, terdapat 11 kluster baharu dikenalpasti hari ini dan dua kluster tamat menjadikan sebanyak 1,247 kluster ditamatkan sehingga kini. – MalaysiaGazette