Azalina Othman said
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan kerajaan untuk menggantung Parlimen secara langsung dan tidak langsung menjejaskan kesinambungan dan kelestarian doktrin pemisahan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

”Tidakkah sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini seolah tidak lagi wujud memandangkan badan Eksekutif bukan lagi bertanggungjawab kepada Parlimen?

”Jika Eksekutif seakan-akan tidak lagi bertanggungjawab kepada Parlimen selaras dengan konsep sistem demokrasi berparlimen, kepada siapakah badan Eksekutif bertanggungjawab?” soal Ahli Parlimen Pengerang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini.

“Dan tidakkah YB Kota Bharu (Takiyuddin) berpendapat ada kebenaran dalam pepatah Inggeris yang berbunyi “the Constitution is not a document for the government to restrain the people; it is an instrument for the people to restrain the government”? soalnya lagi.

Menyentuh tentang “Constitutional Responsibilities” seperti yang disebut oleh Takiyuddin, konsep sistem demokrasi berpalimen dan doktrin pemisahan kuasa tidak boleh diabaikan dan perlu diberikan perhatian yang seimbang oleh sebab konsep dan dokrtrin ini masing-masing terukir di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bab 3 (Badan Eksekutif) dan Bab 4 (Badan Perundangan Persekutuan) di bawah Bahagian IV serta Bahagian IX (Badan Kehakiman).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast