Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran terhadap kenaikan berterusan kes jangkitan Covid-19 di negara ini yang telah mencecah lebih 3,000 kes positif harian.

Sehubungan dengan itu, baginda menasihati rakyat supaya tidak alpa dan mengambil sikap sambil lewa dengan arahan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan, sekolah dan majlis-majlis keraian umum.

Baginda turut menyeru rakyat supaya sentiasa berdisiplin dalam mematuhi arahan dan SOP ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan neara ini dibadai tsunami Covid-19 seperti yang dialami beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah.

Rakyat juga diingatkan supaya tidak hilang fokus dan sentiasa berwaspada demi kesihatan dan keselamatan diri, ahli-ahli keluarga serta masyarakat.

Ini kerana titah baginda, kesan gelombang keempat penularan wabak Covid-19 jika berlaku akan juga mengancam dan meruncingkan lagi ekonomi negara serta sosio-ekonomi rakyat jelata.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran berikutan laporan-laporan berita terkini berkenaan penutupan beberapa sekolah di negara imi akibat penularan wabak Covid-10 dan kadar pematuhan SOP di beberapa majlis keraian dan bazar Ramadan di beberapa negeri masih belum mencapai tahap memuaskan.

“Turut membimbangkan apabila adanya laporan yang menyatakan hospital swasta di Lembah Klang kini mengalami kekurangan katil bagi menampung jumlah pesakit susulan peningkatan kes Covid-19 sejak dua minggu lalu,” titah baginda dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.

Baginda bertitah, laporan Kementerian Kesihatan turut meramalkan kes harian Covid-19 di negara ini boleh meningkat melebihi 3,000 selepas Hari Raya Aidilfitro sekiranya kurang pematuhan SOP yang secara langsung turut boleh meningkatkan nilai kebolehjangkitan.

 

2 Komen

  1. yang diWAJIBKAN PUASA RAMADHAN….AIDILFITRI sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan sunat diRaikan…boleh disambut dimana2 baik kampung/bandar/luar negeri…..keutamaan sekarang ialah USAHA mencegah penyakit pandemik covid 19 yang mencanak tidak kira masa dan tempat. Ambil IKTIBAR selepas pelancong CINA masuk bebas pada awal covid bermula…diikuti PRN SABAH dan terbaru kes di INDIA…..FIKIRKAN KELANGSUNGAN FRONTLINER yang bertungkus-lumus 24 jam berbanding KITA yg utamakan keSeronokan SEKETIKA dan akhirnya timbul KESEDIHAN selamanya bila terkena jangkitan..NAUZUBILLAH…..kita juga sebagai FRONTLINER mencegah lebih baik dari MERAWAT

  2. Nanti kena kompaun berulang kali ingkar SOP merintih pulak takde duit nak bayar, so merayulah kepada para pesakit pandemic yang perlukan banyak wang membiayai rawatan perubatan takkan free jer.

Comments are closed.