Seramai 40 orang anak- anak yatim dari Baitul Ulfah dan Baitul Hidayah diraikan pada majlis berbuka puasa Espira Hotel dan McDonald Bandar Kinrara, baru-baru.

KUALA LUMPUR – Sempena Ramadan yang mulia ini, hotel Espira Kinrara dan McDonald Bandar Kinrara meraikan seramai 40 orang anak-anak yatim dari Baitul Ulfah dan Baitul Hidayah dalam satu majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

Menurut Penolong Pengurus Eksekutif Espira Kinrara, Abdul Hamid Zaini, program tersebut merupakan kali pertama Espira Kinrara berganding bahu dengan McD Bandar Kinrara dalam menganjurkan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) secara bersama.

“Saya melihat ia adalah satu titik permulaan yang amat baik bagi semua pihak untuk terus menjalin kolaborasi yang lebih erat dalam mendekatkan golongan komuniti yang kurang berkemampuan dengan aktiviti kemasyarakatan,” katanya pada majlis yang berlangsung di Espira Kinrara, Bandar Kinrara.

Penolong Pengurus Eksekutif, Espira Kinrara, Abdul Hamid Zaini (kiri).

Sementara itu, hotel berkonsepkan resort memilih tema bufet Ramadan tahun ini adalah Iftar Baraqah yang menawarkan menu masakan Melayu tradisional popular.

Antaranya adalah  Asam Pedas Daging Tetel, Ayam Bakar Asam Boi, Daging Salai Pucuk Ubi, Ikan 5 Rasa, Daging Palembang dan Rendang Udang Minang.

Harga bufet tersebut adalah RM68 bersih dewasa dan RM38 bagi kanak-kanak.

Bufet Iftar Baraqah bermula sehingga 10 Mei ini. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian +603 – 80791000 atau +6011 58586925. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast