KUANTAN – Biarpun hanya mendapat semangat 100 penonton namun ia cukup bermakna buat pemain-pemain Sri Pahang FC apabila berjaya membolosi lima gol Perlawanan kali kedua dalam bulan Ramadan ini menyaksikan Sri Pahang FC menentang UiTM FC malam tadi.
Turut berkenan mencemar duli penyaksikan perlawanan malam tadi Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah.
Pengurus Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, meskipun jumlah yang hadir begitu kecil berbanding tempat duduk yang ada, ternyata sokongan 100 penyokong itu memberi semangat kepada para pemain.
Semua penonton yang hadir itu membeli tiket menerusia dalam talian.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati semua penonton berkenaan mematuhi keseluruhan prosedur operasi standard yang ditetapkan sebelum memasuki dan ketika berada di dalam Stadium Darul Makmur.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati semua penonton berkenaan mematuhi keseluruhan prosedur operasi standard yang ditetapkan sebelum memasuki dan ketika berada di dalam Stadium Darul Makmur.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Stadium Darul Makmur berkata, ia tetap membenarkan 2,128 penonton sahaja berada di dalam stadium bagi setiap perlawanan bagi memudahkan mendisiplinkan penonton dalam norma baharu. – MalaysiaGAzette