safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki melalui detik cemas apabila dipukul dan diugut tembak oleh majikan sendiri semasa berada di Country Heights, Kajang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima aduan sekitar jam 9.15 pagi daripada mangsa  berusia 28 tahun yang memaklumkan telah diugut oleh majikannya.

“Kejadian berlaku kepada mangsa sekitar jam 1.22 pagi hari yang sama, ketika mangsa dan suspek tiba di rumah suspek (majikan) kerana baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur.

“Mangsa dan suspek telah bertengkar dan ketika pertengkaran berlaku, suspek telah mengugut untuk menembak mangsa sekiranya mangsa keluar dari rumah suspek.

“Suspek juga ada mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa dan juga menendang mangsa di bahagian bahu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru tambah beliau, dalam aduan sama mangsa juga memaklumkan bahawa suspek juga turut merosakkan motosikal milik mangsa.

Ujarnya,kejadian itu menyebabkan mangsa terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk melarikan diri dari rumah suspek majikan itu dan datang ke balai polis untuk membuat laporan polis.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kertas siasatan telah dibuka.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506/427/341 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, melakukan ugutan jenayah, melakukan perbuatan khianat serta melakukan halangan salah terhadap mangsa.

“Bertindak atas aduan mangsa dan maklumat, pada hari yang sama sekitar jam 4.50 petang, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah menahan suspek yang merupakan seorang ahli perniagaan di Pejabat D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang.

“Suspek berusia 53 tahun itu kini telah dibenarkan direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu polis melakukan siasatan terperinci,” katanya.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Mohamad Khir di talian 014-5307540.- MalaysiaGazette