KUALA LUMPUR – Kedah merekodkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) 1.26 semalam, diikuti Kelantan 1.21, Terenggu dan Melaka masing-masing 1.20.
Johor (1.18), Pahang (1.16), Negeri Sembilan (1.15), Selangor dan Kuala Lumpur (1.14) dan Perak (1.13).
Pulau Pinang (1.07), Putrajaya (1.01), Sarawak 1.00, Labuan 0.97 dan Sabah 0.90.
Manakala Perlis pula sifar kes.
Kementerian Kesihatan berkata, nilai Rt untuk seluruh negara 1.10. – MalaysiaGazette