Pesawat Pakistan International Airlines

ISLAMABAD – Pakistan akan mengurangkan jumlah penerbangan antarabangsa ke dan dari lapangan terbangnya sebanyak 80% untuk membantu membendung peningkatan kes Covid-19.

Sekatan tersebut akan berkuatkuasa pada 5 Mei hingga 20 Mei, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan dalam satu kenyataan.

Namun ia tidak menyatakan penerbangan atau destinasi mana yang akan terlibat dalam arahan tersebut.

Pengendalian arahan akan dikaji semula pada 18 Mei, kata kerajaan dalam satu kenyataan yang disahkan oleh Pusat Operasi Komando Nasional (NCOC), yang mengawasi tindak balas Pakistan terhadap wabak itu.

Sekatan akan dikenakan untuk penerbangan sewa dan peribadi serta perkhidmatan berjadual.

Semua penumpang antarabangsa semasa tiba di lapangan terbang Pakistan akan diminta menjalani ujian antigen pantas (RAT) dan juga harus menunjukkan ujian RT-PCR yang dilakukan dalam 72 jam sebelum menaiki penerbangan yang menuju ke Pakistan.

Penumpang dengan ujian Covod-19 negatif akan tetap menjalani kuarantin diri di rumah selama 10 hari dan mereka yang didapati positif akan dipindahkan ke kemudahan bayar sendiri untuk jangka masa yang sama.

Penumpang yang masuk juga perlu memuat turun aplikasi ke telefon mereka untuk memudahan pemantauan pergerakan mereka.

Bagaimanapun, pengecualian terhadap kanak-kanak yang berumur kurang dari 12 tahun, orang kurang upaya, wakil antarabangsa peringkat tinggi dan individu yang dihantar pulang ke Pakistan.

Pakistan telah merekodkan kes kematian akibat Covid-19 dalam beberapa hari kebelakangan ini dan sekatan ketat dikenakan ke atas pergerakan dan individu yang berkumpul di khalayak ramai dirancang untuk cuti Aidilfitri tidak lama lagi, walaupun tahap jangkitan belum mencapai tahap negara India.

Para pegawai kesihatan bimbang sistem penjagaan kesihatan negara ini yang sudah dalam keadaan tertekan semakin terjejas jika varian virus mula tidak terkawal seperti yang berlaku di India. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast