transfer FILE PIX: Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Abdul Hamid Bador at a news conference after launching the MyBayar Saman Portal and Mobile Application at the Bukit Aman Police Headquarters in Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 MARCH 2021. Acryl Sani Abdullah Sani Hamzah Zainudin political meddling
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 MARCH 2021.

GEORGE TOWN – “Wahai para ulama politik sekalian, sila buka mata dan dengar tentang penjelasan diberikan sebelum mengkritik tindakan saya dedahkan campur tangan menteri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM)”.

Itu penjelasan diberikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador susulan Dewan Ulama Pas mengkritik pendedahan yang dilakukannya.

Kata Abdul Hamid, beliau mendedahkan perihal penyelewangan dan salah laku yang kian berleluasa agar dapat diperbetulkan segera.

“Sudah saya jelaskan bagaimana aduan telah saya buat kepada perdana menteri dan Ketua Setiausaha Negara tentang hal ini. Adakah para ulama politik ini tidak faham tentang penjelasan itu?

“Bagi saya apa gunanya ilmu agama tinggi melangit yang ada pada diri masing-masing tetapi takut untuk berterus terang selain tidak berusaha untuk mengatasinya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Pada Jumaat lalu, MalaysiaGazette melaporkan ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengakui kurang senang dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel berkaitan

Malah beliau mengakui hubungannya dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin memang tidak harmoni.

Abdul Hamid mendakwa sikap Hamzah mempolitikkan PDRM sejak jadi menteri mengecewakannya dan ia berbeza semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri sebelum itu.

Malah beliau juga telah bersemuka dengan namun ia tidak ada jalan penyelesaian kerana Hamzah masih mahu kuasa dalam PDRM.

Susulan kritikan terbuka itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Mohd Nor Hamzah berkata, tidak wajar individu seperti Abdul Hamid yang tahu mengenai undang-undang dan menjaga keadilan negara beremosi dalam ucapan sehingga mengundang sangkaan berunsurkan fitnah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. PAS (merujuk dewan ulama PAS) sejak jadi sebahagian kerajaan dah serupa 2 x 5 mangkoknya…demi kepentingan secubit kuasa yg tak tersangka. Kalau tak jadi kerajaan lain …nampak wibawa dan kerana Hak dan Agama. Betulll…kuasa boleh memabukkan pak lebai..jadik kulop.

  2. Dalam pas daripada ulamak sampai ke akar umbi dibawah memang tak boleh dipakai . Contohnya tengok lah masa penyelarasan 1mdb ana konda dulu . Pas puas hati keterangan mereka. Rupanya pas macam lalang fepi jalan je

  3. siasat la dulu pas. bukan main hentam aje. RUU355 apa cer .. dah dpt pegang kuasa sama sama makin senyap jer … politik msia ni mmg menuju ke hancuran.

  4. Perkara 140 yang sememangnya memperuntukan Menteri Dalam Negeri mengetuai Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).

    parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai kesungguhan politik untuk meminda Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, kerana sepanjang 22 bulan memerintah, sedetikpun mereka tidak bercakap mengenai keperluan meminda perkara tersebut.

  5. Pertama: Beliau perlu membuat aduan tersebut mengikut prosedur undang-undang dengan kadar yang segera. Hal ini bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan seadilnya kepada golongan yang beliau sebutkan itu.

    Kedua: Kerajaan perlu segera memperbetulkan kebobrokan sistem yang wujud. Pengamalan salah undang-undang hari ini, mewajibkan orang yang didakwa untuk mendatangkan bukti bagi menangkis dan membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Hal ini sudah terbalik dan sangat bertentangan dengan prinsip undang-undang sebenar seperti yang disebutkan di atas. Saya tidak mahu semua orang hanya menggunakan dakwaan dan tuduhan sahaja tanpa keterangan yang jelas dan nyata, sejajar dengan sabdaan Rasulullah S.A.W:

    لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لاَدَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ وَلَكِنَّ الْيَمِينَ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ

    Maksudnya: Sekiranya diberikan kepada manusia itu semata dengan mengikut dakwaan-dakwaan mereka, nescayalah orang ramai akan mendakwa darah dan harta orang lain (sebagai milik mereka). Akan tetapi sumpah itu adalah ke atas mereka yang dituduh. (Riwayat Muslim (1711)

    Pesan Rasulullah S.A.W.:

    (( الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ ))

    “Pendakwa hendaklah mendatangkan bukti, dan yang didakwa mesti melakukan sumpah (untuk mengikarinya).” (Sunan At-Tirmizi, 3/18/1341)

    Dalam kes ini, pihak yang mendakwa dan menuduh wujudnya salah laku dalam kementerian, perlu mendatangkan bukti di mahkamah atas dakwaan yang disebutkan itu. Sekiranya penghakiman mahkamah berjaya membuktikan orang yang dituduh itu bersalah, maka jatuhkanlah hukuman ke atasnya dan tiada siapa mahu menghalangnya.

    Kita tidak mahu ahli politik bahkan sesiapa sahaja yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa serta rasuah, dibebaskan begitu sahaja dan tidak diambil tindakan setimpalnya.

    Penegasan harus diberi di sini, bahawasanya mana-mana pihak mesti berani untuk mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang dalam membanteras salah laku. Sebarang kezaliman dan penindasan harus dibawa ke muka pengadilan.

Comments are closed.