Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Foto AFFAN FAUZI, 10 APRIL 2021.

GEORGE TOWN – Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.

Jelas Abdul Hamid, langkah itu dibuat bagi tujuan karier politik individu berkenaan.

“Bukan saya saja yang menghadapi masalah dengan MDN, Jabatan Cawangan Khas (JCK) turut kurang senang dengan tindakan beliau sejak setahun lalu.

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Artikel berkaitan

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pihak di JCK menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambah beliau, perdana menteri bersetuju JCK tidak boleh terlibat dalam kerja politik menyebabkan menteri terbabit marah sebelum cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu.

“‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan ‘budaknya’ (bekas pegawai kanan JCK) menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri.

“Sebagai bukti, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan.

“Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Abdul Hamid.

Tambah beliau, isu tersebut turut dibawa untuk pengetahuan perdana menteri sebelum PCK diarahkan untuk terus berkhidmat.

Terdahulu, Abdul Hamid Bador menegaskan beliau akan berjuang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan cara sendiri walaupun beliau bukan lagi Ketua Polis Negara. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. SYABAS TAN SERI DATO HAMID BADOR< MANTAN IGP. LAWAN TETAP LAWAN!!!!

  2. Harap menteri berkenaan letak jawatan. Mencemar maruah kerajaan dan parti beliau. Anasir camni kena cantas awal2. Tahniah PM sbb tak menyokong anasir2 begini. Jika dibiarkan, jd barah dlm kerajaan.

  3. pasal menteri sorang habis huru hara lg ..terpalit lagi bangsa melayu dengan kekotoran

  4. KDN sepatutnya hadkan warga asing kerja 3D sahaja dan bukannya izinkan warga asing macam Long Burma bersaing niaga mudah untung lumayan untuk menyara anak-bini warga tempatannya.

  5. BERANI KERANA BENAR DAN TAKUT KERANA SALAH…..DEDAHKAN DAN BERTINDAK SEMASA BERJAWATAN….TAPI TAKUT HILANG JAWATAN DAN PERIUK NASI

    SETELAH TIADA JAWATAN BARU BERANI PECAH TEMBELANG
    AMALAN HIPOKRIT ATAU BERPURA=PURA

    BERPURA-PURA CIRI2 MUNAFIKUN

Comments are closed.