Gelombang kedua pandemik Covid-19 menyebabkan kapasiti katil di hospital-hospital Argentina penuh. foto Reuters

 

BUENOS AIRES: Kes jangkitan Covid-19 di Argentina mencecah 3 juta pada hari Ahad sejak pandemik itu melanda negara ini.

Kebanyakan hospital sudah berada dalam kapasiti penuh meskipun kerajaan berusaha untuk menangani penularan wabak tersebut.

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 11,394 kes baharu dalam tempoh 24 jam dengan 156 kes kematian.

Ini menjadikan angka kematian keseluruhannya bertambah kepada 64,252 kes.

Kerajaan Presiden Alberto Fernandes telah mengumumkan langkah-langkah lebih ketat dalam menangani gelombang kedua pandemik ini termasuk menambah unit rawatan rapi.

Namun, langkah-langkah yang dilaksanakan itu tidak mencukupi.

”Orang ramai perlu sedar dan tahu bahawa hospital-hospital sudah penuh dan kakitangan kesihatan sudah terlampau penat,” kata pembantu surgikal, Luciana Berti, 41.

Pengeluar bijirin Amerika Selatan, yang telah mengalami kemelesetan selama tiga tahun berturut-turut berkata, kerajaan perlu membendung penyebaran virus sambil melindungi pemulihan ekonomi yang rapuh.

Marcela Cid, pemilik perniagaan di pinggir Buenos Aires, mengatakan warga Argentina semakin “terperangkap dalam situasi” dengan bantuan yang sedikit.

Pakar pediatrik Argentina Carlos Kambourian berkata, usaha mengekang wabak ini adalah dengan menyegerakan kempen vaksinasi yang terhenti.

Jika tidak, dia memberi amaran, hospital akan terus dibanjiri pesakit, katanya sambil menyatakan katil di tidur rawatan intensif sekitar 68.1 peratus dihuni.

“Hari ini sistem kesihatan tidak menyokong satu pesakit lagi. Ia sudah melimpah,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast