BAGHDAD – Sekurang-kurangnya dua roket mendarat berhampiran pangkalan udara yang menempatkan tentera gabungan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad, kata tentera Iraq.
Ia merupakan serangan kedua.
Serangan roket serupa pernah mensasarkan lapangan terbang pada 22 April lalu.
Manakala satu roket berjaya dipintas dan dijatuhkan berhampiran lapangan terbang tanpa menyebabkan kerosakan atau korban jiwa.
Pegawai keselamatan mengatakan roket-roket tersebut dipercayai dilancarkan dari kawasan yang berdekatan dengan lapangan terbang.
Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab tetapi beberapa pegawai Iraq yang disokong oleh Iran mengaku bertanggungjawab atas kejadian serupa pada masa lalu. – MalaysiaGazette