KUALA LUMPUR – Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid disahkan positif Covid-19.
Beliau dilaporkan akan menjalani tempoh kuarantin dan rawatan berdasarkan saranan dan pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut kenyataan Finas, Pengerusinya disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan semalam.
Sementara itu, Zakaria memohon maaf atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi itu. – MalaysiaGazette