Thursday, April 25, 2024
Home Utama Tiada simptom sakit kepala teruk selepas disuntik AstraZeneca – KJ

Tiada simptom sakit kepala teruk selepas disuntik AstraZeneca – KJ

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto SYAFIQ AMBAK, 05 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Sesi percubaan suntikan vaksin Astrazeneca kepada beberapa individu yang dibuat sebelum ini tidak menunjukkan sebarang simptom sakit kepala yang teruk.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini penerima suntikan vaksin Astrazeneca hanya didapati mengalami demam biasa sahaja.

“Pada sesi percubaan yang dibuat sebelum ini didapati simptom  paling teruk demam sahaja,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Khairy meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang menjadi salah satu daripada empat PPV untuk vaksin Astrazeneca.

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menasihatkan penerima-penerima vaksin Astrazeneca agar memantau kesihatan masing-masing.

Antara gejala yang tersenarai ialah sakit kepala yang teruk tidak berkurangan dengan ubat tahan sakit ataupun ianya semakin teruk; sakit kepala semakin teruk apabila berbaring atau semasa membongkok.
Sakit kepala luar biasa disertai dengan, pandangan kabur, loya dan muntah, sukar bertutur, lemah, mengantuk atau sawan; bintik-bintik kecil pada kulit, lebam atau berlaku pendarahan, dan sukar bernafas, sakit dada, bengkak pada kaki atau sakit perut yang berterusan.
Oleh itu, beliau menaihatkan orang ramai untuk memantau tahap kesihatan mereka, di samping perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala yang tersenarai dalam masa empat hari hingga empat minggu selepas suntikan pertama vaksin berkenaan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette