PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik peti pencawang Sarawak Energy Berhad (SEB) di tepi jalan Kampung Muara Tebas di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ASP Awang Din Awang Gani yang dihubungi hari berkata, kejadian berlaku pada 10.51 malam dan sepasukan polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan bersama-sama pasukan Bomba dan Penyelamat serta wakil SEB.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mayat lelaki itu berada di dalam peti pencawang elektrik dan telah meninggal dunia. Mayat telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut dan kes disiasat sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan mayat mangsa ditemukan orang awam yang bertindak menghubungi talian kecemasan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast