Manchester United matra ke pentas final Liga Europa dengan agregat 8-5 menentang AS Roma dalam aksi separuh akhir kedua yang berlangsung awal pagi tadi.

ROM – Manchester United melangkah ke final Liga Europa kali walaupun tumpas 2-3 di tangan AS Roma pada perlawanan kedua separuh akhir awal pagi tadi.

The Red Devid layak dengan agregat 8-5 dan akan bertemu Villarreal pada perlawanan akhir.

Penyerang, Edinson Cavani meledakkan gol pada minit ke-39 namun Roma menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menerusi Edin Dzeko.

Bryan Cristante meletakkan Roma di hadapan pada minit ke-60 namun Cavani menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-68.

Bagaimana Alex Telles menjaringkan gol sindiri dengan perlawanan berbaki tujuh minit.

Kali terakhir Man United menjulang Liga Europa pada 2017 ketika di bawah kendalian Jose Mourinho. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast