Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya. foto AFFAN FAUZI, 01 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang, bagi tujuan sanitasi.

LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, pejabat dan cawangan yang terlibat adalah Pusat Khidmat Hasil (PKH) Besut, Terengganu yang akan ditutup mulai 9 Mei dan kembali beroperasi pada 16 Mei.

Sementara, Pejabat Pengarah Negeri Pahang, Cawangan Kuantan dan Cawangan Siasatan Kuantan di Menara Hasil Kuantan pula, akan ditutup mulai 10 Mei dan kembali beroperasi pada 25 Mei.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 03-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast