Foto: Paul Hennessy/SOPA Images via ZUMA Wire/dpa

WASHINGTON – Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci mengatakan jumlah kematian COVID-19 di AS adalah lebih ramai berbanding angka yang dilaporkan secara rasmi, lapor Sputnik.

“Kadang-kadang kiraannya tepat, kadang-kadang tidak,” kata Fauci, yang juga Pengarah Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Negara, di “Meet the Press” NBC pada Ahad.

Menurut Universiti Johns Hopkins, terdapat lebih 581,700 kematian akibat COVID-19 di AS.

Sementara itu Fauci berkata AS mungkin telah “tersalah kira” dan jumlahnya lebih tinggi.

Fauci menyebut analisis 6 Mei dari Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Washington (IHME), menunjukkan angka kematian COVID-19 kira-kira 900,000.

Sejak pandemik global bermula Mac 2020, AS muncul negara paling teruk diancam berbanding negara lain, dengan lebih 32.7 juta rakyatnya telah dijangkiti.

Bulan lalu, Fauci memberi amaran AS berada di ambang gelombang jangkitan baharu berpunca daripada sikap rakyat AS yang mengambil mudah pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial kerana beranggapan negara itu telah melepasi sasaran vaksinasi.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast