Nurshafeezatullaily Ibrahim, selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira 7.25 pagi tadi dan disambut oleh Pakar Perunding Obstetik dan Ginekologi, Dr Sharifah Shahirah Syed Hashim sempena ulang tahun KPJ Johor ke-40 di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sambutan Ulang tahun Ke 40 Hospital Pakar KPJ Johor yang disambut pada setiap 10 Mei lebih bermakna apabila seorang bayi selamat dilahirkan hari ini.

Nur Shafeezatullaily Ibrahim, 34, selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira 7.25 pagi tadi dan disambut oleh Pakar Perunding Obstetik dan Ginekologi, Dr Sharifah Shahirah Syed Hashim.

Suaminya, Khairul Azizol Jamil, 34, tidak menyangka isterinya akan melahirkan puteri keduanya itu pada tarikh sambutan hari ulang tahun ke 40 Hospital Pakar KPJ Johor.

“Semalam, saya menghantar isteri ke hospital untuk bersalin dan alhamdulillah kira-kira 7.25 pagi tadi isteri saya dah selamat bersalin. Semua urusan dipermudahkan dan seetakat ini nama anak belum difikirkan lagi kerana terlalu gembira,” katanya.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hospital Pakar KPJ Johor atas layanan dan sambutan kelahiran bayi perempuanya dan berharap KPJ Johor terus sukses dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor, Mohd Azhar Abdullah berbesar hati dan turut meraikan kegembiraan.

“Kedua-dua pasangan tersebut turut menerima sebuah baby car seat” percuma dan cenderahati oleh pengurusan Hospital Pakar KPJ Johor,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa inisiatif turut diperkenalkan bagi membantu golongan B40 untuk mendapatkan rawatan secara percuma hasil kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast