Ayob Khan ketika membuat tinjauan pematuhan SOP di Pasar Awam Larkin,di sini pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Terdapat individu cuba memperdayakan polis dengan menggunakan surat rentas daerah dan negeri yang telah tamat tarikh luput semata-mata ingin melepaskan diri untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya mendapati ada pemandu yang menggunakan surat kebenaran yang tarikhnya terlalu lama, malah ada surat yang tidak mempunyai tarikh luput.

“Alasan yang sama tiada surat rentas negeri atau surat lama yang digunakan semula, ada yang guna surat terlalu lama.

“Surat yang telah tamat tempoh mungkin yang sebelum ini diguna surat itu untuk rentas daerah.

“Sebab itu kita buat pemeriksaan teliti dekat SJR walaupun dia tunjuk surat kita lihat detail,” katanya pada sidang media ketika melakukan tinjauan Prosuder Operasi Standert (SOP) di Pasar Awam Larkin di sini pagi tadi.

Ayob Khan ketika membuat tinjauan pematuhan SOP di Pasar Awam Larkin,di sini pagi tadi.

Sebanyak 15,200 permohonan rentas sempadan Hari Raya Aidilfitri diterima polis Johor sejak 28 April hingga 4 Mei lalu dengan 202 permohonan ditolak.

“Bagi tempoh 5 Mei hingga 11 Mei terdapat peningkatan ke 25,222 yang mana dari jumlah tersebut 529 telah ditolak.

“Secara keseluruhan permohonan ditolak ini meningkat seratus peratus dan polis Johor akan memperketatkan lagi permohonan rentas negeri dan daerah yang tidak mengikut syarat.

“Walaupun permohonan diluluskan kita nasihatkan juga hadkan pergerakan anda,” katanya.

Katanya lagi, polis Johor juga telah mempertingkatkan sekatan jalan raya (SJR) dengan mengadakan 50 SJR berbanding 35 sekatan sebelum ini.

Menurut Ayob Khan, sekatan antaranya melibatkan 12 di lebuh raya, Op Benteng (8), sempadan negeri (13),jalan persekutuan (20)

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 260 pasukan pemantaun ditugaskan dengan 150 MPV membuat rondaan bagi memastikan rakyat Johor mematuhi pematuhan SOP yang ditetapkan.

Semalam sebanyak 28,364 kenderaan diperiksa dan 39 kenderaan diarah berpatah balik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast