LONDON – Aksi antara Manchester United dan Leicester pagi tadi mencuri perhatian peminat bola sepak apabila bek tengah Axel Tuanzebe dilihat memakai jam tangan pintar dalam perlawanan tersebut.
Ramai yang mempersoalkan sama ada Tuanzebe lupa menanggalkan jam tangan pintarnya.
Namun peminat United pelik bagaimana pemain itu boleh dibenarkan memakai jam tangan pintar itu di dalam padang.
Kenapa pengadil tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana kerana menurut peraturan FIFA, pemain dilarang sama sekali menggunakan aksesori seperti jam tangan, rantai, cincin, gelang dan sebagainya.
Namun sebenarnya, jam yang dipakai Tuanzebe itu adalah tracker atau pun alat penjejak. Ia merupakan satu teknologi digunakan oleh pegawai sukan hari ini dalam memantau perkembangan atlet mereka.
Tuanzebe mungkin menjadi bidan terjun dalam perlawanan itu dan tidak dipersiapkan dengan sebaiknya dalam beberapa hari ini.
Maka sangat penting mereka mendapat segala maklumat tentang informasi seperti kadar denyutan jantung pemain tersebut.
FIFA sudah mengeluarkan garis panduan bahawa tracker adalah dibenarkan dengan syarat ianya tidak berbahaya.
Oleh sebab itu ramai pemain memakai sport bra kerana ia juga alatan penjejak. Mungkin atas sebab itu pengadil membenarkan Tuanzebe memakai jam tersebut sepanjang dia beraksi.
Namun untuk penggunaan jam tracker seperti itu mungkin yang pertama seumpamanya di liga utama Eropah.
Tuanzebe dan Man United tewas kepada Leicester 1-2 dalam perlawanan tersebut sekaligus memberikan kejuaraan kepada jiran mereka, Manchester City. – MalaysiaGazetet