Haziq yang sedang dalam persiapan ke sukan Olimpik Tokyo 2020 telah kembali ke rahmahtullah pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Jenazah atlet pemanah negara, Mohd Haziq Kamarudin akan dibawa ke Melaka dan dijangka dikebumikan pada pagi Sabtu.

Dalam perkembangan terkini pengurusan jenazah arwah itu, media dimaklumkan ujian calitan yang dilaksanakan ke atasnya negatif Covid-19.

Artikel berkaitan: Henti spekulasikan kematian Allahyarham Haziq – Reezal

Haziq Kamaruddin meninggal dunia

Jurucakap Kementerian Belia dan Sukan berkata, pihak Hospital akan menjalankan urusan bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham lebih kurang jam 5.30 atau 6 petang ini.

Proses bedah siasat itu dijangka mengambil dua hingga tiga jam.

Kemudian jenazah Mohd Haziq akan dimandi, dikafankan dan disolatkan di hospital dan  dijangka akan dibawa pulang ke Melaka pada malam ini.

Jenazah dijangka akan dimandi dan dikafankan 9.30 malam ini diikuti Solat Jenazah di Surau Jabatan Forensik.

Kemudian jam 10.45 malam ini jenazah akan bertolak ke Melaka untuk urusan pengkebumian mulai 12.45 tengah malam ini di Tanah Perkuburan Kampung Tersusun Serkam Darat Merlimau Melaka.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast