Polis cari pemilik akaun Facebook 'Dua Empat Lapan Satu’

KUANTAN – Polis sedang mengenal pasti pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘DuaEmpat LapanSatu’ bagi membantu siasatan lanjut berhubung dakwaan permit rentas negerinya diubah menjadi sehari.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis mendapati satu hantaran yang tular di media sosial mengatakan permitnya diubah oleh pihak polis semasa melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Bentong.

“Pemilik akaun Facebook terbabit mendakwa kelulusan permit rentas negerinya yang diluluskan polis dari 11 sehingga 17 Mei dipotong menjadi sehari ketika melalui SJR Tol Bentong menghala Kuantan.

“Sehubungan itu, pemilik akaun diminta menghubungi polis untuk memberikan kerjasama supaya siasatan lanjut boleh dijalankan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular semalam entri di Facebook yang mendakwa kelulusan permit rentas negeri yang telah diluluskan pihak polis dari 11-17 Mei 2021 telah dipotong menjadi sehari ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) Tol Bentong menghala Kuantan.

Zaiham berkata, individu terbabit boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau terus berhubung dengannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast