Allahyarham Haziq Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Kematian atlet pemanah negara, Allahyarham Mohd Haziq Kamaruddin disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

Perkara itu disahkan oleh Datuk Dr Zahari Noor, Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, juga selaku Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia.

Artikel berkaitan: Henti spekulasikan kematian Allahyarham Haziq – Reezal

Menurut beliau, walau bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu beberapa keputusan analisa makmal.

”Namun sehingga kini tiada bukti menunjukkan bahawa kematian ini adalah berkaitan langsung dengan vaksinasi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Zahari berkata, kematian mengejut Allahyarham yang dibawa ke Hospital Kajang semalam telah disiasat di bawah laporan mengejut (Sudden Death Report) oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, yang mana arahan bedah siasat telah dikeluarkan untuk menentukan sebab kematian.

Ujarnya, proses bedah siasat selesai dilakukan setelah calitan ujian Covid-19 yang diambil menunjukkan keputusan negatif bagi virus tersebut. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast