KUANTAN – Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota diarahkan tutup sehingga 21 Mei ini selepas dua imam dan dua bilalnya disahkan positif Covid-19.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, (JAIP) Datuk Dr Zulkifli Ali mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi MalaysiaGazette.
Penutupan masjid itu tular beberapa hari lalu.
Menurutnya, masjid itu ditutup sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.
Tambah beliau, surau Kemunting pula ditutup selepas salah seorang bilal Masjid Tengku Ampuan Afzan telah menunaikan solat di situ ketika dia bercuti.
Tambahnya isu Masjid Kemunting juga masih dalam perbincangan dalam perancangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di lokaliti Kemunting.
Lantaran itu, mana-mana individu yang kontak dengan bilal berkenaan yang dikenali sebagai Nordin supaya menjalani saringan Covid-19 di Dewan Jubli Perak.
Petang tadi, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob  mengumumkan PKPD bakal dilaksanakan di Kemunting, Kuantan yang bakal bermula pada 17 Mei hingga 30 Mei 2021- MalaysiGazette