Tentera bersenjata Israel ketika menceroboh masuk di Masjid al-Aqsa dalam pertempuran dengan penduduk Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa baru-baru ini. foto Reuters

TELAH kita saksikan bahawa insiden menggila yang berlaku terhadap pendudukan Israel di Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai usaha terdesak untuk menunjukkan bandar itu seolah-olah berada di bawah pemilikan Israel, di samping usaha Netanyahu untuk mendapatkan persetujuan penjajahan atas alasan politik dan pilihan raya.

Sebulan yang lalu, pertembungan di kota Baitulmaqdis antara rakyat Palestin dan pasukan ketenteraan Israel tidak berhenti. Namun, hari-hari terakhir pada bulan Ramadan menyaksikan pertembungan yang sangat luar biasa di Masjid al-Aqsa, yang mana bunyi tembakan peluru dan bom Israel membingitkan, menyebabkan ratusan cedera.

Pertemuan yang terjadi tidak boleh dianggap sebagai peristiwa biasa-biasa. Namun, ia berada dalam kerangka pertempuran untuk sebuah kedaulatan ke atas Baitulmaqdis. Ini berdasarkan sokongan rasmi Israel untuk ekstremis Yahudi dan usaha Perdana Menteri Israel itu bagi melepaskan diri daripada krisis dalamannya.

Melalui apa yang berlaku ini, Israel berusaha atau tepatnya ‘acah-acah’ berusaha sebagai pemegang kedaulatan terhadap kota itu termasuk Masjid Al-Aqsa, yang mana mereka seakan telah berhasil menampakkan gambaran yang bertentangan bahawa ia adalah kota yang dikuasai dan ditindas.

Sejak awal Ramadan, kota Baitulmaqdis telah menyaksikan serangan oleh pasukan polis Israel terutama di kawasan kejiranan Bab al-Amud dan Sheikh Jarrah, yang kemudiannya meluas ke Masjid al-Aqsa mengakibatkan ratusan cedera dan berlaku penahanan dalam kalangan rakyat Palestin.

Pada pagi Isnin di hujung-hujung Ramadan, pasukan tentera Israel menyerbu halaman Masjid al-Aqsa menggunakan peluru getah, bom tangan dan gas pemedih mata hingga menyebabkan sekitar 215 orang cedera sebelum mereka keluar daripada pekarangannya pada tengah hari.

Sebelumnya pada awal Ramadan, kelompok-kelompok ekstremis Yahudi mengumumkan rancangan mereka untuk menyerbu Masjid al-Aqsa pada 28 Ramadan untuk melakukan ritual agama mereka.

Ia bersempena apa yang mereka anggap sebagai Hari Al-Quds yang mana Israel menduduki Baitulmaqdis Timur sekitar tahun 1967 diikuti dengan perarakan yang
kebiasaannya berlangsung pada waktu petang.

Tragedi berterusan

Menurut penulis Palestin, Muhammad Abu Allan, beliau percaya bahawa Israel tidak akan melepaskan peluang untuk memperluaskan penguasaannya terhadap kota Baitulmaqdis.
“Kejadian Bab al-Amud dan lingkungan Syeikh Jarrah bukanlah sesuatu yang baru dalam politik Israel, melainkan sesuatu yang berterusan sejak tahun-tahun awal penjajahan,” kata beliau.

Menurutnya lagi, apa yang berlaku di sana adalah pertempuran untuk menguasai
kota suci itu. Abu Allan menganggap puak Israel, pihak Palestin bertanggungjawab atas
peristiwa-peristiwa tersebut berada dalam kerangka usaha untuk “menimbulkan
lebih banyak ketegangan’.

Netanyahu dan ekstremis Yahudi

Penganalisis politik Nawwaf al-Amer mengemukakan alasan lain bahawa Benjamin Netanyahu menggunakan sikap ekstremis Yahudi untuk memenuhi cita-citanya dan
mengubah ruang keamanan di wilayah itu untuk menarik lebih banyak suara bagi mempertahankan dirinya dalam kerajaan, dan untuk menunjukkan dirinya adalah penyelamat yang akan menyelamatkan Israel.

Netanyahu kini dalam perbicaraan sementara menunggu tiga kes rasuah dan dipercayai bahawa kehilangan jawatan Perdana Menteri dapat mempercepatkan pemenjaraannya!
Al-Amer mengatakan bahawa Netanyahu juga berusaha untuk mengekalkan perpaduan partinya (Likud) dengan menyerbu dan meningkatkan aksi di lapangan.

Realitinya entiti Israel tidak dapat hidup tanpa ketegangan. Setiap kali pemimpin Israel berusaha untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka menjadi sasaran dengan mencipta musuh baru, namun agenda atau perancangan sebegitu selalunya gagal.

Al-Aqsa dan Baitulmaqdis dirobek

Hatem Abdel Qader, ahli Majlis Revolusi gerakan Fatah mengatakan kerajaan Israel  ikaitkan dengan perarakan yang ingin disusun oleh kelompok ekstremis Yahudi dalam jumlah puluhan ribu di Baitulmaqdis Timur pada Isnin.

Dalam pada itu, rejim itu sedang berusaha membuat persiapan perarakan dan serbuan pendatang haram Yahudi untuk menyerbu Masjid al-Aqsa, dengan mencegah majoriti penduduk (Palestin) berada di Masjid al-Aqsa.

Dalam pesanan Hatem kepada rakyat Palestin, beliau mengatakan bahawa pihak penjajah “menggunakan semua cara penindasan yang kejam terhadap mereka.”

Petisyen dan kawasan rebutan Sheikh Jarrah

Bagi pakar keselamatan Yousef Al-Sharqawi pula, beliau percaya bahawa kerajaan haram Israel mengikut telunjuk ekstremis. Tentunya hak Israel yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu tidak boleh melanggar kehendak ekstremis yang memihak kepada pemuda, yang terus meningkat.

Kenyataan yang ditandatangani oleh kesatuan dan organisasi masyarakat sivil di UK mendesak kerajaannya mengambil tindakan terhadap pembersihan etnik oleh Israel di kawasan Baitulmaqdis Timur.

Realitinya, telah muncul lebih dari 1,500 orang Palestin menghadapi ancaman pembongkaran rumah di Baitulmaqdis Timur.

Oleh yang demikian, satu kenyataan yang ditandatangani oleh 17 kesatuan Inggeris dan organisasi masyarakat telah dikeluarkan bagi mengecam pengusiran haram Israel terhadap keluarga Palestin dan penggantian mereka dengan pendatang haram Yahudi di Sheikh Jarrah.

Petisyen tersebut merujuk kepada manipulasi demografi dan pembersihan etnik. Sebanyak 67 orang dari tiga keluarga di Sheikh Jarrah diusir pada tahun 2009, dan ia menyoroti keprihatinan mereka terhadap empat keluarga lagi yang kini menghadapi pengusiran tersebut hingga akan membuatkan mereka kehilangan tempat tinggal.

Dalam pada itu, Pengarah Kempen Solidariti Palestin, Ben Jamal berkata: “Pengusiran ini adalah sebahagian daripada pelbagai polisi dan undang-undang jahat yang digunakan oleh Israel untuk menghapuskan etnik Palestin dari Baitulmaqdis”.

Menurutnya lagi, semakin banyak kumpulan hak asasi manusia dengan tepat mengenal pasti dasar dominasi dan penindasan kaum ini terhadap rakyat Palestin, yang mana ia sama dengan jenayah aparteid jahat oleh Israel.

Sebagaimana dilaporkan media, kerajaan UK juga turut mendesak menghentikan
mengusir keluarga-keluarga ini dan memberi amaran kepada Israel agar bertanggungjawab atas segala tindakannya yang menyumbang kepada kejahatan aparteid tersebut.

Sheikh Jarrah adalah kejiranan Palestin di Baitulmaqdis Timur yang diduduki yang telah mengalami pengusiran paksa oleh tentera Israel. Ratusan keluarga telah melakukan protes akibat pengusiran enam keluarga Palestin, dan akibatnya lebih 200 orang Palestin cedera dan beberapa yang lain ditangkap setelah melaporkan keganasan penjajah Israel.

Menurut kenyataan rasmi daripada penduduk Sheikh Jarrah dari bulan Mac yang menyenaraikan tuntutan mereka, penjajah Israel telah berjaya menguasai empat setengah rumah dan memindahkan beberapa keluarga di Sheikh Jarrah sejak tahun 1972.

“Pada awal 2021, Mahkamah Majistret Baitulmaqdis mengeluarkan keputusan baru yang memberikan tempoh keluarga al-Jaouni, al-Qasim, Iskafi dan El-Kurds hingga 2 Mei untuk mengosongkan rumah mereka, dan memberikan tempoh keluarga al-Daoudi, al-Dajani dan Hammad sehingga Ogos. Sebagai tambahan, pengadilan mengeluarkan keputusan untuk membuang keluarga al-Sabbagh,” kata kenyataan itu.

Justeru, terdapat tiga cara untuk membantu menyelamatkan kediaman keluarga di Sheikh Jarrah seperti yang disarankan oleh sumber langsung dari kawasan itu termasuk penulis Mohammed El Kurd yang keluarganya dalam bahaya kehilangan rumah mereka.

1. Tandatangan Petisyen
Terdapat dua petisyen untuk ditandatangani iaitu #StopBaitulmaqdisExpulsions dan
#SaveSheikhJarrah. Petisyen itu juga mendesak agar orang ramai memanggil Setiausaha Negara AS, Tony Blinken dan Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin untuk menuntut penghentian pengusiran haram Palestin oleh Israel dan pembongkaran kediaman mereka.
AS memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel lebih USD3.8 bilion setiap tahun,
secara langsung melibatkan Amerika Syarikat dalam jenayah Israel di seluruh Palestin yang dijajah. Warganegara AS dapat mengirim surat kepada anggota kongres mereka berkenaan dengan Sheikh Jarrah di Al-Awda.org.

2. Media Sosial
Terdapat kecenderungan syarikat media sosial menghapuskan kandungan yang
berkaitan dengan Palestin dengan tuntutan melanggar Garis Panduan Komuniti.
Mengikuti dan berkongsi semula status dan meningkatkan kesedaran menggunakan hashtag #SaveSheikhJarrah dan setara dengan bahasa Arabnya # .kehilangannya memerangi membantu انقذوا_حي_الشيخ_جراح Keluarga Sheikh Jarrah telah memberikan contoh tweet dalam bahasa Inggeris dan Arab untuk orang ramai meningkatkan kesedaran.

3. Sumbangan
Sumbangan boleh dilakukan melalui sebuah NGO, Grassroots Al-Quds. Untuk mengikuti apa yang berlaku di Sheikh Jarrah, sila ikuti perkembangan keluarga yang terkesan dengan tindakan kejam Israel ini melalui @mohammedelkurd, @muna.kurd15, @ayakhalaf.official dan @kokym7.

Jadilah masyarakat prihatin

Oleh yang demikian, kita sebagai masyarakat dunia seharusnya menzahirkan rasa
prihatin yang tinggi dengan kezaliman yang dilakukan Israel apalagi menjelang
Syawal ini.

Bumi al-Quds bumi yang diberkati. Pada sisi lain, tentunya kita dapat melihat apa
yang terjadi di Baitulmaqdis adalah sebagai bukti perjuangan rakyat Palestin dan
mengingatkan bahawa adanya generasi yang mempertahankan identitinya dan
tidak menerima hak dan tanahnya dilanggar dan diceroboh oleh sesiapa dengan
sesukanya.

Atriza Umar
Jabatan Penerangan dan Perhubungan
Pertubuhan IKRAM Malaysia