WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melahirkan rasa bimbang dengan konflik keganasan melanda Israel – Palestin yang menyebabkan ribuan nyawa melayang ketika ini di Semenanjung Gaza.
Bagaimanapun pada masa sama, AS juga berterusan menyatakan sokongan kepada Israel sambil mendesak Hamas menghentikan serangan terhadap negara itu.
Rumah Putih dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan, Biden telah bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melahirkan rasa bimbangnya dengan konflik keganasan di Gaza dan Israel pada masa ini.
Kata Rumah Putih, Joe Biden mengecam serangan Israel ke atas bandar-bandar di seluruh Israel dan pada masa sama juga bimbang dengan apa yang menimpa pejabat The Associated Press (AP), Aljazeera dan beberapa media antarabangsa lain.
Agensi melaporkan Joe Biden berpendirian isu ini perlu ke meja rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap konflik antara Israel dan Palestin.
Dalam pada itu, beliau turut menghubungi Presiden Palestin, Mahmud Abbas berikrar untuk komitmen utuh terhadap penyelesaian dua negara.
Ini juga merupakan panggilan pertama Joe Biden Biden sejak bergelar Presiden AS, menekankan perlunya pejuang Hamas berhenti melepaskan tembakan roket ke Israel.
Namun pada masa sama AS yang mahu rundingan diadakan menggunakan kuasa veto menghalang Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan resolusi bagi mengakhiri krisis itu. -MalaysiaGazette