Foto Instagram Norman Hakim.

KUALA LUMPUR  – Tindakan pelakon Norman Hakim memuatnaik gambar seisi keluarga bersama bekas isteri telah mengundang persoalan netizen tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan yang tidak membenarkan sesi ziarah ketika Aidilfitri.

Berdasarkan satu hantaran foto yang dimuat naik pelakon itu dalam Instagramnya, kelihatan Norman bersama isteri, Memey Suhaiza dan anak-anak bergambar bersama keluarga bekas isterinya iaitu penyanyi dan juga pelakon, Abby Abadi.

Turut berada di dalam gambar tersebut adalah suami kepada Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria serta anak angkat mereka dengan jumlah individu yang berada dalam gambar tersebut adalah seramai 13 orang.

Netizen mula mempertikaikan kehadiran Abby dan suami serta anak-anak mereka berada dalam satu kediaman bersama Norman dan juga Memey.

Sementara itu, Norman telah menutup ruangan komen pada gambar tersebut berkemungkinan selepas mendapat tekanan daripada pengikutnya dalam Instagram.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 44, pula telah menukar status Instagramnya kepada mod privasi.

Pada 10 Mei lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara selain tidak membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur bermula 12 Mei sehingga 7 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast