Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat atau perintah kawalan pergerakan berskala penuh (PKP) di Selangor jika negeri itu gagal mengekang Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pertimbangan itu akan dilaksanakan sekiranya Selangor masih gagal mengekang penularan Covid-19.

Selangor merekodkan 10,393 kes jangkitan Covid-19 sepanjang minggu lalu, sekali gus negeri tertinggi dengan jangkitan virus tersebut.

Adham berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mengapa PKP di Selangor masih sama dengan negeri-negeri lain sedangkan jumlah jangkitannya membimbangkan.

Sepanjang minggu lalu sahaja, negeri ini mencatatkan 10,393 kes, dengan 1,650 kes hari ini.

Pada sidang media bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, PKP di seluruh negara dilaksanakan untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melakukan lebih banyak ujian Covid-19 dan melakukan pengasingan dan merawat pesakit yang positif dengan berkesan.

Dalam berdepan dengan situasi semasa, KKM telah melaksanakan ujian RTK-Antigen di kawasan yang merekodkan kes tinggi dan melaksanakan penjejakan kontak dengan pantas.

“Bagaimanapun, saya bersetuju yang kita patut mencadangkan SOP dan PKP yang lebih ketat kepada kerajaan.

”Sekiranya virus tidak dapat dibendung, maka cadangan untuk PKP penuh mungkin sesuatu yang wajar kita pertimbangkan,” tambah beliau yang turut melahirkan kegusaran dengan peningkatan kes Kategori 3,4 dan 5 pesakit Covid-19 kerana ia ada kaitan dengan varian baharu yang membimbangkan.

Katanya, KKM masih terus memantau situasi itu dengan rapi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Selangor ini macam Sarawak juga, kerajaan Pusat tak boleh nak campur sangat. Rasa dia lah negeri yang hebat. Semua dah PKP, dia nak juga PKPB. Negeri Sabah sudah 2 angka, dia masih lagi top 3. Susah kalau ada kerajaan negeri yang tidak mahu ikut saranan kerajaan Pusat. Kerana dia semua gagal. Kerana lembu sekor bawa lumpur semua terpalit. Dengan Indon pun mengata Malaysia.

  2. Sabahan dan Sarawakian ngomong indon dan pake bible indon nggak peduli nahu bahwa theos=god=ilahi atau rabb adalah katanama am berbeda Allah katanama khas dong.

Comments are closed.