Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak ada sebab untuk menyambung darurat selepas 1 Ogos ini.

Ini kerana, sudah jelas dan nyata darurat yang diisytiharkan kerajaan gagal menurunkan kes Covid-19, sebaliknya kes semakin tinggi, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi.

”Apatah lagi cukup jelas dan nyata ‘darurat’ gagal menurunkan kes Covid-19. Bahkan semakin tinggi meningkat.

”Justeru tidak ada sebab darurat disambung selepas 1 Ogos 2021,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Malaysia diisytihar darurat bagi menangani ancaman Covid-19 berkuatkuasa 11 Januari lalu hingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Dalam pada itu, beliau bertanya sudah berapa kali mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat diadakan sejak mesyuarat pertama kali pada 18 Februari lalu.

Katanya, rakyat mahu tahu mengenai perkembangan jawatankuasa tersebut yang fungsi utamanya menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan darurat dan penamatannya.

”Persoalannya sudahkah jawatankuasa khas ini mengadap YDP Agong dan memberi maklum balas.

“Jangan nanti Jawatankuasa Merayu Tamat Proklamasi Darurat di bawah Khalid Samad akan lebih awal mengadap Yang di-Pertuan Agong,” jata beliau.

Mohd Puad berharap Jawatankuasa Khas Bebas ini akan beri maklum balas yang setepatnya kepada baginda berdasarkan data dan sains. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dicekup ingkar SOP pun masih meningkat tinggi lebih-lebih yang ingkar SOP tanpa dicekup berlipat kali ganda lebih tinggi, so macam mana kadar pesakit pandemic menurun, kan? Jangan mengulas macam tak reti bahasa pulak.

Comments are closed.