Foto Instagram Rizalman.

KUALA LUMPUR – Syarikat milik pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim iaitu Rizalman Ibrahim Group Companies mengambil keputusan menutup dan menyekat penuh semua pekerja dan operasi penjualan mereka selama dua minggu.

Dalam kenyataan yang dimuat naik Rizalman di Instagram miliknya, syarikatnya juga akan menutup semua penjualan dalamtalian bermula 12 malam tadi yang bertujuan menjaga keselamatan pekerja serta membantu mengurangkan penularan wabak.

Menerusi kapsyen yang disertakan dengan muat naik kenyataan rasmi itu, Rizalman memaklumkan keputusan tersebut sebagai salah satu sokongan untuk membasmi gejala wabak demi kebaikan semua.

Sementara itu, rata-rata pengikut Rizalman memuji tindakan pantas yang diambilnya dalam membantu mengurangkan penularan dalam sektor ekonomi.

Mereka juga berharap agar langkah yang diambil pereka fesyen itu dapat ditiru oleh para majikanĀ  lain dalam menjaga keselamatan para pekerja serta orang awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast