Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup sementara pejabat dan kaunter perkhidmatan di Alor Setar mulai hari ini, 19 Mei 2021 sehingga hingga dimaklumkan kelak.

Ia berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk membendung penyebaran Covid-19 di daerah Kota Setar, Kedah, dari 19 Mei hingga 1 Jun 2021.

Sehubungan itu, semua permohonan Janji Temu Online (JTO) ke KWSP Alor Setar akan dibatalkan dan ahli-ahli yang telah membuat janji temu di pejabat Alor Setar yang dijadualkan dalam tempoh PKPD perlu membuat semula janji temu mereka setelah perintah kawalan
tamat.

Bagaimanapun, ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan atas talian KWSP iaitu, i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa.

Pembayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan Internet atau ejen bank berdaftar di kaunter dan ahli dan majikan disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast