tindakan dua individu yang tergamak melempar kucing di dalam lombong seperti yang tular dalam video berdurasi 16 saat di media sosial dan dipercayai berlaku satu lokasi di Johor.

KUALA LUMPUR – Kejam dan tidak berperikmanusiaan!

Itu tindakan dua individu yang tergamak melempar kucing di dalam lombong seperti yang tular dalam video berdurasi 16 saat di media sosial.

Ia dipercayai berlaku satu lokasi di Johor.

Vidoe itu dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menerusi laman Facebook susulan aduan orang ramai yang kecewa melihat kezaliman terhadap binatang.

Persatuan itu memaklumkan pihaknya kesal akan tindakan kedua-dua pelaku itu yang keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan.

“Risiko kematian sama ada lemas atau dimakan ikan bakal dihadapi kucing berkenaan selain mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Animal Malaysia berkata mereka yang mempunyai maklumat lanjut berhubung pelakuan kejam itu diminta segera menyalurkan maklumat ke WhatsApp di talian 016-6345464.

“Maklumat itu akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa dan Animal Malaysia menawarkan ganjaran RM2,000 kepada mereka yang berjaya menjejaki pelaku terbabit hingga didakwa dan dijatuhkan hukuman setimpal,”katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast