Covid-19 cases (Picture for representational purposes only). Healthcare workers conducting Covid-19 screening at the MPAJ AU2 Multipurpose Hall, Keramat, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette /18 MAY 2021. new Covid-19 record
(Picture for representational purposes only). Healthcare workers conducting Covid-19 screening at the MPAJ AU2 Multipurpose Hall, Keramat, Selangor. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette /18 MAY 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,320 kes positif baharu Covid-19 dengan 4,694 kes sembuh  direkodkan untuk tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengahari ini.

Berkitan itu jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 505,115 kes kumulatif, jumlah keseluruhan kes sembuh naik kepada 449,234 kes manakala jumlah kes aktif adalah sebanyak 53,682 kes.

Kes kematian kekal tingga dengan 50 kes direkodkan pada hari ini yang melibatkan 48 warganegara dan baki dua kes bukan warganegara yang menyaksikan jumlah kumulatif melonjak kepada 2,199 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 6,320 kes jangkitan bahari itu, 6,317 kes adalah kes tempatan manakala baki tiga kes import.

Tambah beliau, daripada 6,317 kes tempatan itu melibatkan 5,870 warganegara dan baki  kes 447 bukan warganegara.

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 652 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 370  kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, beliau memberitahu, Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi hari  ini dengan 22 kes diikuti Kuala Lumpur (9 kes), Johor (5 kes), Kedah (4 kes), Perak (3 kes), masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengenalpasti 17 kluster baharu hari ini.

Katanya, sebanyak 1,466 kluster telah ditamatkan dan jumlah kluster yang aaktif ialah 535. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast