Keadaan kereta kabel yang terhempas dari ketinggian 300 meter. foto Agensi

ROM – Sekurang-kurangnya 12 orang mati setelah kereta kabel jatuh di sebuah gunung berhampiran Tasik Maggiore di utara Itali hari ini.

Kemalangan berlaku di sebuah perkhidmatan yang mengangkut penumpang dari bandar peranginan Stresa ke Gunung Mottarone yang berdekatan di wilayah Piedmont.

Satu gambar yang disiarkan di media sosial oleh perkhidmatan kecemasan menunjukkan kereta kabel terhempas di kawasan berhutan.

Dua kanak-kanak dibawa dari tempat kejadian ke hospital pediatrik di Turin dengan helikopter.

“Ini adalah kemalangan yang sangat serius,” kata Walter Milan, jurucakap perkhidmatan penyelamat alpine nasional kepada televisyen RaiNews24.

Menurutnya, kereta kabel itu hancur selepas jatuh dari tempat tinggi.

Punca kejadian masih belum jelas, tetapi laporan menyatakan kabel yang membawa kereta itu mungkin mengalami masalah ketika berada pada kedudukan 300 meter (984 kaki) dari puncak gunung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast