Surat penamatan kontrak Datuk Seri Tajuddin Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd.

KUALA LUMPUR- Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) ditamatkan serta-merta.

Perkara itu disahkan jurucakap media Kementerian Kewangan susulan tersebarnya sepucuk surat penamatan kontrak Ahli Parlimen Pasir Salak itu, sebentar tadi.

Dalam surat bertarikh 26 Mei 2021 yang ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, tiada dinyatakan alasan penamatan kontrak Tajuddin.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan YB. Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuatkuasa serta-merta,” kata surat itu.

Bagaimanapun umum mengetahui, Tajuddin dikritik hebat selepas dilihat tidak serius dan berjenaka semasa mengendalikan sidang media berhubung kemalangan tren LRT Kelana Jaya di Stesen KLCC, semalam.

Beliau turut disiasat polis ekoran tidak memakai pelitup muka ketika melakukan tinjauan di lokasi kejadian dan semasa sidang media.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast