MOSCOW – Kementerian Luar Negeri Rusia mengecam seruan Kesatuan Eropah (EU) supaya syarikat penerbangan yang berpangkalan di Eropah mengelak menggunakan ruang udara Belarus.
Kementerian itu menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.
Jurucakap Maria Zakharova, yang membuat kenyataan tersebut setelah Rusia menolak kemasukan dua syarikat penerbangan yang merancang untuk mengelak daripada melalui ruang udara Belarus dengan mengatakan keselamatan penumpangnya berisiko.
Pemimpin EU bertindak demikian setelah Belarus memaksa pesawat Ryanair untuk melencong dan mendarat di ibu negara, Minsk.
Kemudian, seorang wartawan pembangkang Belarus dan teman wanitanya ditangkap.
Kedua-dua mereka, Roman Protasevich dan Sofia Sapega, warga Rusia ditahan.
Agensi penerbangan awam PBB berkata, pihaknya akan melancarkan penyelidikan “mencari fakta” mengenai tindakan Belarus, dan apakah ada pelanggaran undang-undang penerbangan antarabangsa.
Tidak ada alasan dari Moscow yang menolak akses penerbangan dari Air France dan Austrian Airlines, tetapi jurucakap Air France mengatakan syarat Rusia untuk “kebenaran baharu” dikaitkan dengan syarikat penerbangan yang melintasi ruang udara Belarus.
Pada hari Jumaat, pihak berkuasa penerbangan Rusia membenarkan masuk beberapa syarikat penerbangan Eropah yang memintas Belarus, termasuk Austrian Airlines, walaupun Air France membatalkan penerbangan Paris-Moscow.
Pihak berkuasa penerbangan memberi amaran syarikat penerbangan yang menukar laluan mungkin perlu menunggu masa pelepasan yang lebih lama. – MalaysiaGazette