Tiga kontena berisi kayu Pine Timber dirampas Maqis Pulau Pinang pada Khamis lalu.

BUTTERWORTH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas tiga kontena kayu spesis Pine Timber yang dibawa dari China pada Khamis lalu.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Noriah Dahlan berkata, rampasan tiga kontena berukuran 40 kaki itu dibuat pegawainya ketika melakukan pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini.

Noriah.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan pihaknya menemui 5,880 kilogram (kg) muatan spesis kayu Pine Timber sebanyak 83.966 Meter Kubik (MTQ) yang dianggarkan bernilai RM30,314.

“Dagangan diimport dari negara China tersebut dirampas kerana gagal mematuhi syarat import yang telah dinyatakan pada Permit Import yang diluluskan oleh Jabatan Maqis.

“Kegagalan pihak syarikat mematuhi syarat mengimportan kayu spesis Pine Timber adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jika sabit kesalahan pihak yang bertanggungjawab dengan barang dagangan berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.

Tambah Noriah, Maqis Pulau Pinang sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast