loan moratorium Datuk Seri Najib Tun Razak. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 10 JULY 2017.
Najib Razak PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 10 JULY 2017.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak seharusnya diberi kuasa penuh untuk menetapkan senarai sektor yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,  keputusan akhir bagi senarai sektor boleh beroperasi mestilah berdasarkan asas kesihatan.

“Menteri MITI juga tidak boleh diberi kuasa veto untuk memasukkan mana-mana kilang tertentu dalam senarai dibenarkan untuk elak ‘towkay’ melobi menteri.

“Sebab keperluan untuk total lockdown dibuat adalah atas asas kesihatan maka keputusan akhir bagi senarai boleh beroperasi juga mestilah berdasarkan asas kesihatan.

“Tempoh 14 hari pertama total lockdown ini adalah sangat kritikal.

So, get it right this time,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Pekan itu di dalam ruangan komen pada hantaran yang sama, perkara itu pernah berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang melibatkan operasi kilang kereta.

“Mula-mula semua kilang-kilang kereta diarahkan tutup:

“Lepas itu, MITI kata kilang-kilang kereta dikecualikan dari MCO 2.0,” katanya sambal mengepil bersama pautan sebuah artikel mengenai kelulusan MITI untuk membenarkan kilang-kilang dibuka semula. – MalaysiaGazette