KUALA LUMPUR – Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni yang ditahan direman selama dua hari mulai hari ini.
Perintah reman itu berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, ahli PKR itu diberkas di rumahnya di Kajang dan direman bermula hari ini.
“Suspek berusia 45 tahun ditahan di rumahnya di Kajang pada 11 malam susulan laporan polis yang diterima. Setakat ini, pihak polis menerima sebanyak 18 laporan berkaitan video tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Kenyataan Iswardy tak wakili parti – PKR
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Iswardy dikesan polis ekoran satu video yang didakwa menghina YDPA yang mendapat kecaman ramai kerana dianggap biadap terhadap YDPA.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: