Solus berada di pasaran sejak tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Totalife (M) Sdn. Bhd. (Totalife) yakin produk keluarannya, Solus dapat membantu mengembalikan keremajaan dan meningkat kebolehan membaik pulih sistem badan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew berkata, produk yang berada di pasaran sejak tahun lalu memiliki ciri anti-keradangan dan anti-penuaan antioksidan yang kuat.

Solus juga dapat membantu meningkatkan kesuburan dan kesimbangan hormon serta meningkatkan kesihatan tubuh, katanya.

“Antara kandungan adalah minyak zaitun, ekstrak roselle, ekstrak kunyit, maca, ekstrak pelbagai kacang, vitamin dan mineral.

“Pengguna boleh mengamalkan satu atau dua botol setiap pagi sebelum sarapan dan kesan boleh dilihat tidak sebulan apabila terdapat testimonial pesakit strok yang dapat berjalan semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Danny menambah, Totalife mahu kekal menjadi perintis pengeluar produk kesihatan di negara ini dengan menghasilkan produk yang merangsang sel stem manusia di pasaran.

Beliau berkata, Solus diperkenalkan kerana pihaknya menyedari kepentingan sel stem yang merupakan sel induk dalam tubuh manusia.

Jelas beliau, sumber sel stem terbesar adalah dari sum-sum tulang dan ia akan bergerak ke seluruh tubuh untuk menggantikan apa sahaja sel, tisu atau organ yang rosak.

“Oleh itu jelasnya, sel stem menjadi kunci kepada pemulihan sebarang kemerosotan kesihatan seseorang.

“Penghasilan sel stem oleh sum-sum tulang semakin menurun selepas usia 30 tahun menyebabkan individu terdedah kepada pelbagai penyakit.

“Ini kerana ciri utama sel stem itu berkeupayaan untuk memperbaharui diri individu dan berkembang menjadi sel lain sekali gus menggantikan sel yang musnah dan rosak setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Danny menambah, Solus diyakini keberkesanan kerana merupakan campuran minuman yang dirumuskan untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel stem oleh sum-sum tulang.

“Pemulihan sel yang merosot dan rosak dilakukan oleh sel stem dan jika kadar kemerosotan lebih cepat daripada kadar pemulihan, seseorang dianggap mengalami keadaan tidak sihat.

“Namun, jika kadar keupayaan sistem kesihatan seseorang untuk membina semula sel lebih cepat daripada kemerosotan, dia akan mengalami keadaan sihat.

“Setiap hari sel kita yang mati akan segera diganti oleh sel stem. Proses pemulihan tubuh manusia ini adalah unik kerana ia menggalakkan pembinaan semula sel, tisu dan organ secara semula jadi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast