BERLIN – Jerman telah menghubungi ‘semua pihak berkuasa antarabangsa dan tempatan yang relevan’ untuk menjelaskan laporan Amerika Syarikat (AS) mengenai pengintipan yang dilakukan ke atas pemimpin-pemimpin Jerman, kata seorang pegawai kerajaan kanan.

“Kerajaan Jerman telah mengambil maklum tentang laporan ini,” kata jurucakap Canselor Angela Markel, Steffen Seibert pada sidang media berikutan laporan agensi risikan Denmark membantu Agensi Keselamatan Nasional AS (NSA) mengintip pemimpin-pemimpin Eropah termasuk Merkel dan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Denmark, Trine Bramsen memberitahu agensi berita Denmark, Rotzau bahawa ‘mencuri dengar yang dilakukan secara sistematik ke atas sekutu rapat tidak boleh diterima’.

Pendedahan tentang tindakan Washington mencuri dengar perbualan sekutunya di Eropah berlaku pada 2013 namun hanya kini wartawan Jerman mendapat akses kepada laporan dalaman mengenai peranan Perkhidmatan Risikan Denmark (FE) dalam menyediakan sokongan kepada NSA.

Laporan tersebut membayangkan jiran Jerman di utara dan rakan Kesatuan Eropah bekerjasama secara aktif dengan AS untuk mengintip peminpin-pemimpin Jerman.

Kerajaan Denmark mengetahui mengenai pembabitan perkhidmatan risikan negara itu dalam skandal NSA pada 2015.

Pihak berkuasa itu mula mengumpul maklumat kerjasama FE dengan NSA antara 2012 hingga 2014 dalam laporan rahsia Dunhammer berikuran pendedahan yang dilakukan bekas kakitangan NSA, Edward Snowden, lapor rangkaian teklevisyen Jserman, NDR.

Maklumat yang dikumpulkan membuktikan FE telah membantu NSA mengintip ahli politik utama Sweden, Norway, Belanda, Perancis dan Jerman.

Perkhidmatan risikan Denmark juga membantu NSA mengintip menteri Luar dan Menteri Kewangan Denmark selain pembuat senjata Denmark.

FE juga bekerjsama dengan NSA mengintip operasi yang menetang kerajaan AS.

Berikutan penemuan kerjasama dengan NSA yang meluas itu, kerajaan Denmark memaksa seleluruhan kepimpjnan FE meletak jawatan pada tahun lalu. – MlaaysiaGazette