Notis kebenaran operasi syarikat arak dimuat naik Dewan Pemuda Pas Bagan menerusi Facebooknya hari ini.

GEORGE TOWN – Dewan Pemuda Pas kawasan Bagan menyelar tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membenarkan sebuah syarikat arak beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Ketua Pemuda Pas kawasan Bagan, Zuzalee Ariffin berkata, arak tidak boleh dikategorikan sebagai produk atau perkhidmatan perlu yang diberikan kebenaran beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP penuh.

Zuzalee.

Jelasnya, walaupun Pas sebagai sebahgaian daripada kerajaan PN, namun pihaknya terpanggil untuk menegur berhubung isu ini.

“Perkara mungkar sebegini wajib diberi perhatian yang teliti dan ditegur dengan apacara  sekali pun.

“Sementelah negara sedang bergelut dengan bencana Covid-19, sebaiknya janganlah kita mengundang lagi kemurkaan dan bala lain daripada Allah.

“Saya harap teguran ini dijadikan sebagai nasihat yang penuh hikmah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, menerusi satu hantaran di Facebook Dewan Pemuda Pas Bagan memuat naik beberapa keping gambar notis sebuah syarikat arak di Selangor diberi kebenaran beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Pas Tanjong, Yacoob Omar mendesak MITI menarik balik kebenaran operasi kepada syarikat arak itu.

“Kita mahu pembatalan kebenaran itu dibuat serta-merta,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Arak bukan kerja orang islam. Ia dikira mungkar jugake. Itu kerja orang kafir apa kita kena ambil tahu ke. Kenapa kita tidak ambil tahu hal sesama muslim. Sembahyang kah dia betul kah aqidah ugamanya ikhlas kah amal-nya dan lain²

  2. Operasi kilang arak tanpa henti, banyaknya anak luar nikah, banyaknya pusat2 pelacuran, pusat2 judi, semua ini antara sebab kenapa COVID-19 diturunkan… Hadap je la!

Comments are closed.