Sebanyak 18 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan oleh IPD Bentong.

KUANTAN – Hari pertama pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 lebih ketat semalam menyaksikan seramai 18 orang warganegara tempatan dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemantauan dibuat sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sekitar bandar Bentong, Lurah Bilut dan Karak.

Operasi pemantauan pematuhan SOP PKP 3.0 giat dijalankan

Pemantauan mendapati orang ramai dan pemilik premis mematuhi SOP PKP 3.0, namun segelintir daripada mereka masih tidak peka terhadap SOP PKP 3.0

Mereka yang dikompaun terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita masing-masing berusia antara 20 tahun hingga 46 tahun.

Kompaun telah dikeluarkan kepada mereka dibawah Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Perjangkit (PPPDPPB) (No 2) 2021.

Seorang anggota polis menulis kompaun ke atas kesalahan yang dlakukan individu di sekitar Bentong.

Dua wanita dan 16 lelaki telah dikompaunSekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 1,500 hingga RM 5,000 bagi satu kompaun,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Jelas Zaiham tindakan tegas akan diambil keatas individu dan premis yang masih gagal dan ambil mudah dengan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tanpa kompromi.

Kompaun dikeluarkan dibawah Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Perjangkit (PPPDPPB) (No 2) 2021

Beliau juga menyeru orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan agar rantaian pandemik Covid-19 berjaya diputuskan  dalam tempoh PKP 3.0 ini. – MalaysiaGazette