Foto Instagram Sajjad.

KUALA LUMPUR – Tindakan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berkongsi beberapa gambar memaparkan dirinya sedang bersantai di tepi pantai di Instagram miliknya kini memberi bayangan di mana dia berada.

Hasil siasatan netizen, mereka mendakwa lelaki itu kini sedang bercuti di sebuah resort di Thailand.

Ia berdasarkan beberapa keping gambar sekitar kawasan percutian Sajjad, 36, yang dipercayai merupakan sebuah villa atau resort di tepi pantai.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang netizen tampil memberikan bukti berserta gambar-gambar hasil carian Google menunjukkan sebuah villa yang terletak di negara jiran itu.
Villa tersebut adalah Villa Maroc Resort yang terletak di pesisir pantai Pranburi yang  mempunyai seni bina gaya Maghribi.
Ia terletak dalam jarak tiga jam pemanduan dari Bangkok dan 30 minit pemanduan dari pekan Hua Hin.

Sebelum ini, polis percaya kemungkinan besar Sajjad berada di luar negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi negara itu.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajjad kerana gagal hadir diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast