notice of bankruptcy Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) buka mata dengan kenaikan terkini kes positif Covid-19.

Tegasnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang lebih ketat perlu dilaksanakan bagi memastikan kes tidak naik dengan begitu mendadak.

“Sebab itu sekiranya sendiri umum TOTAL lockdown, buatlah betul-betul supaya frontliners, hospital dan keadaan Covid negara mendapat keredaan dalam tempoh masa paling singkat.

“Biar pahit seketika daripada menanggung sakit berterusan. Jangan berkali-kali dibuat separuh masak lagi,” tulis beliau di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu merujuk kepada statistik yang menunjukkan Malaysia antara 10  negara teratas kes baharu Covid-19 di peringkat global.

Statistik itu menunjukkan Malaysia mencatatkan empat kematian baharu bagi setiap satu juta penduduk berbanding India yang hanya mencatatkan dua kematian baharu bagi setiap juta penduduknya.

Malaysia juga mencatatkan statistik kes baharu tertinggi bagi setiap satu juta penduduk dengan 235 kes berbanding India dengan hanya 96 kes.

“Kes baharu dan JUGA kematian baharu Malaysia dari segi saiz penduduk dicatat kita ketika ini adalah BERKALI-KALI GANDA lebih tinggi berbanding kebanyakan negara lain termasuk USA, UK, India dan negara-negara jiran.

“Adakah kerajaan PN masih belum sedar bahawa sebanyak 561 nyawa telah terkorban akibat Covid dalam tempoh 7 hari lepas sahaja? Jauh mengatasi jumlah 471 kematian bagi keseluruhan tahun 2020,” ulas Najib lagi.

Najin sebelum ini dengan tegas mengkritik kerajaan tidak mengatasi kes jangkitan Covid-19 dengan sepenuhnya.

Sebelum ini, Najib menyifatkan pelaksanaan PKP2.0 dibuat secara separuh masak dengan membenarkan sektor-sektor penyumbang terbesar kes dalam gelombang ketiga untuk terus beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, Najib berkata, gelombang ketiga yang kini berterusan selama sembilan bulan dan seperti tidak menampakkan ia semakin reda.

“Berapa lama lagi Rakyat mampu bertahan untuk lihat kesudahan? Selagi rantaian Covid tidak diputuskan, selagi Rakyat akan terkorban, diseksa dan ekonomi negara tidak dapat pulih,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Najib berkata, dia sedih dan sebak melihat jumlah kematian akibat pandemik Covid-19.

”Yang dikapankan ini adalah seorang bapa, seorang ibu, seorang kakak, seorang abang, seorang adik atau seorang anak kepada seseorang.

”Tidakkah kerajaan PN ada sekelumit rasa bersalah dan rasa bertanggungjawab? Kes semakin meningkat. Jumlah kematian semakin menjadi-jadi.

”Mereka ini bukan sekadar angka atau statistik. Buatlah lockdown yang betul betul,” ujarnya.

Malah, beliau turut menyarankan bantian sewajarnya diberikan kepada rakyat supaya mereka tidak terpaksa keluar rumah dan memperjudikan nyawa untuk mencari nafkah dalam masa kritikal lockdown ini. –  MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Seseorang yang positif virus covid pasti ingkar SOP tetapi terlepas daripada dikompoun disebabkan penguatkuasaan longgar dan sambil lewa jer.

Comments are closed.