Adham Baba The President of Malaysian Consultative Council for Islamic Organization (MAPIM), Mohd Azmi Bin Abdul Hamid. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 01 SEPTEMBER 2018 double standard ministers quarantine Muhammad Sajjad Nur Sajat Islam Muslim
Mohd Azmi Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Operasi pemberian suntikan vaksin Covid-19 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini tidak perlu dilakukan secara berpusat.

Ia sebaliknya hendaklah dilaksanakan menerusi agihan di sebanyak mungkin pusat masyarakat di bandar dan di desa, cadang Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Pihaknya berpendapat,  pendekatan mendaftar mengambil masa malah sistem pendaftaran secara atas talian itu juga tidak mampu menampung permintaan yang ada.

“Kadangkala sistem tergantung…akses untuk mendaftar banyak tertunda kerana sistem yang tidak lancar. Kerajaan tidak perlu terlalu banyak berbelanja besar berjumlah puluhan juta ringgit untuk mengendalikan sistem pendaftaran atas talian.

“Kami mengusulkan pendekatan walk in (masuk dan suntik) di sebanyak mungkin pusat yang diwujudkan di seluruh negara diguna,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata, pasukan petugas vaksin boleh turun untuk pergi berjumpa kariah di kota dan desa, masjid, surau, dewan orang ramai dan pusat klinik bandar serta desa.

Bagi yang uzur pula katanya, pasukan petugas vaksin harus pergi ke rumah warga emas dan melaksanakan suntikan vaksin di rumah mereka.

“Kami berpendapat pusat yang dikatakan PPV mega terlalu berpusat dan kehadiran orang ramai akan menyukarkan kawalan dan mengambil masa yang lama untuk urusan vaksin.

“Kami mengesyor bagi lokasi desa dan bandar, pasukan sukarelawan dari pusat khidmat ahli Parlimen dan DUN serta NGO tempatan dikerah untuk membantu.

“Dengan demikian, keadaan yang padat di PPV dapat dielakkan dan suntikan vaksin dapat dilakukan dengan pantas dari satu lokasi ke satu lokasi,” tambahnya.

Dalam pada itu, menurut Mohd Azmi lagi, pihaknya berasa kesal terhadap arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak konsisten dan bertukar dari satu pengumuman kepada satu pengumuman.

Ujarnya, keadaan turut menjadi sukar ketika mahu mendapatkan permit beroperasi di satu sektor ke satu sektor yang berubah-ubah dalam hanya satu hari hingga akhirnya berlaku sistem tidak dapat menampung dan kelulusan tertunda.

Justeru katanya, MAPIM sangat berharap agar pihak berkenaan mencari kaedah yang lebih mudah dan cepat bagi mengelakkan sektor ekonomi dan perkhidmatan terganggu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast